Latar Belakang Desa KEDA Dingin

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Dingin adalah salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Program Penempatan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1999. Desa KEDA ini mula diduduki secara berperingkat pada tahun 2000 dan 2013. Bilangan rumah adalah sebanyak 64 buah dan telah memberi manfaat kepada 287 orang penduduk Daerah Kulim.